Tuesday, March 1, 2016

Dinner | Geena

DINNER MAKEUP
Tarikh/Lokasi : 20/2/16 (Sabtu) ~ Hotel De Art, Shah Alam
Makeup & hijab styling by Sentuhan Ainna
* Kali ni client saya datang jauhhhh dari Sarawak. She's the one yang berpakaian serba hitam berkain batik Sarawak. Thank you for having me, sis Geena :) Sis Geena yg merupakan pemilik insta #geenawardrobe ni menjual pakaian bercirikan batik Sarawak. Really nice collection. So sekiranya ada di antara uols ni yang berminat nak membeli batik Sarawak, bolehlah usha insta sis ni ye..
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
 "I love people who can make me laugh, when I don't even want to smile."

Monday, February 22, 2016

Dinner | Sharoni

DINNER MAKEUP
Date/Location : 19/2/16 (Fri) ~ De Palma Inn, Ampang
Makeup by Sentuhan Ainna
* Client sis petang ni berasal dari Kedah. Rupanya Sha ni dapat contact number sis dr kenalannya (isteri tentera) yang sis pernah makeup beberapa bulan lalu. Suami Sha ni pegawai tentera laut di Lumut. Malam ni tema dinner mereka 'Cultural Night' dengan misi untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada pegawai2 negara luar. Pasangan ini berpakaian lengkap songket hijau.. dah macam pengantin baru uols!;)
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"As long as we're under the same moon, I'll feel close to you."
TQ Sha atas kiriman gambar ini :)

Friday, February 12, 2016

Photoshoot | Ena

PHOTOSHOOT MAKEUP
Date/Location : 10/2/16 (Wed) ~ Presint 9, Putrajaya
Makeup by Sentuhan Ainna
* Selesai sudah tugasan utk petang ini - makeup for outdoor photoshoot.
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"The sweetest joy, the wildest woe is love." ~ Pearl Bailey

Wednesday, February 10, 2016

Groom's Reception | Idayu

MAKEUP BERTANDANG
Tarikh/Lokasi : 9/2/16 (Sel) ~ Bandar Baru Bangi

Makeup & hijab styling by Sentuhan Ainna
* Untuk makeup majlis bertandang hari ni segalanya diuruskan oleh pengantin lelaki iaitu Encik Haris. Sedari awal si suamilah yang mencari MUA  dan selepas dpt 'green light' dr mem besar barulah dpt kami meneruskan plan seterusnya. Bertuahnya dapat teman sebegini.. Sekurang2nya dapat juga membantu  meringankan tugasan si isteri utk menguruskan hal2 lain dan bila tiba masanya cuma menanti disolek sahaja. Ibu pengantin pun dah siap request supaya pengantin ber'lipstick pink' untuk majlis hari ni. Nampak lebih sweet katanya. Btw Selamat Pengantin Baru Idayu & Haris. Semoga ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat :) 
p/s : harap maaf, lighting agak berbeza bg pic b4 & after. Sis guna Samsung Note 2 aje
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"By your side; that's where I always want to be."

Tuesday, February 9, 2016

Engagement | Siti Zaleha

MAKEUP BERTUNANG
Tarikh/Lokasi : 7/2/16 (Ahad) ~ Kg Mahkota Batu Caves
Makeup & hijab styling by Sentuhan Ainna
* Cik Leha kita ni mmg manis orangnya.. bila dimekap bertambahhhhhlah manis. Leha ni jarang sekali bermekap, so bila dah comey begini jadi tersipu2 malu sbb asyik jadi bahan usikan rakan2nya je hehe. Apapun tahniah Leha & selamat menjadi tunangan orang. Terima kasih byk2 di atas layanan mesra yang diberikan oleh tuan rumah.. really appreciate it :) 
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"Seeing you is the favourite part of my day."

Sunday, January 31, 2016

Photoshoot | Shima

PHOTOSHOOT MAKEUP
Date/Location : 31/1/16 (Sun) ~ Kg Pandan Dalam
Makeup by Sentuhan Ainna
* Ini tugasan kedua selepas post wedding makeup awal pagi tadi. Last minute punya job sebenarnya ni.. hmm nasib baik lokasi kami berdekatan so bolehlah sis terima ye. Memandangkan kami agak mengejar masa, so Shima minta utk makeup ala kadar atau simple aje sbb dia perlu menghadiri exam dahulu sebelum bergegas ke studio untuk sesi photoshoot pula. Shima ni student lagi tapi sedang berjinak2 dengan dunia biz online, menjual tudung. Oh ye.. FYI adik2ku sekalian, dgn sis sorry ye tiada istilah makeup ala kadar atau cincai2 atau simple2 aje. Once kita diberi amanah @ kepercayaan, hasil kerja/tugasan wajiblah dibuat sehabis baik ok! Yang penting base makeup kena cantik, secara automatik makeup akan tampak lebih flawless dan gambarnya nanti pasti lebih menarik :) - tanpa bulu mata palsu
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"I don't trust words, I TRUST ACTIONS."

Post Wedding | Syaza

POST WEDDING MAKEUP
Date/Location : 31/1/16 (Sun) ~ Gombak
Makeup & hijab styling by Sentuhan Ainna
* Seawal jam 7 pagi sis dah berada di rumah Syaza kerana pasangan pengantin ini perlu berada di Taman Tasik Perdana untuk outdoor photoshoot jam 9 pagi. Syaza ni tak biasa bermekap dan agak sensitif bila tiba part mata, but alhamdulillah berjaya juga dia bertahan sampai selesai mekap. Oh ye.. belum terlewat lagi rasanya untuk sis ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Syaza & suami. Semoga berbahagia hingga ke Jannah :D 
#makeupbysentuhanainna  #sentuhanainna
FB Page / ig : Sentuhan Ainna
"You stole my heart, but I'll let you keep it."

KUCATE Teh Bunga Madu Premium

ANDA PENGGEMAR TEH? PERNAH DENGAR KUCATE? INI DIAAA.. TEH PREMIUM TERBAIK Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kali ni sis nak perkenalkan ...